Welcome to the TEPCES's Portal

JAMUAN AKHIR TAHUN PSS

myroy

 Pada Malam 13/10 Pengawas Pusat Sumber TEPCES mengadakan jamuan akhir tahun dan raya di Dewan Mercu. Majlis ini bermula pada pukul 8 malam.  Majlis makan malam ini diuruskan oleh cikgu Sabariah dan Puan Roslina. Majlis ini turut juga diserikan oleh dua orang juruacara majlis iaitu Che Enku Nur Idayu dan Nazurul Izati. Majlis ini berakhir pada pukul 10.30 malam. 

Photobucket

PhotobucketPhotobucket

 

Salam 'Eidul Fiti

lazfim
 
Salam 'Eidul Fiti, Minal 'Aidin Wal Faizin
 

Salam AidilFitri,

Sebelum saya menyambung post, izinkan saya untuk ‘mencuri ruang’ di sini untuk menyampaikan ucapan AidilFitri kepada sanak saudara,teman-teman,guru-guru dan mereka yang saya sayangi.
 
Saya miNtak ampun dan maaf jika ade tersalah kata dan slh laku........sama ade sengaja atau tidak disengajakan...
 
 
 
 
 
 
bUaT ahli-ahli tePces CommUnity.........

Salam 'Eidul Fiti MaaF zAhIr dan bAtin

 

 

   

Al-fatihah buat Pelajar TEPCES

lazfim

http://3.bp.blogspot.com/_1oGG4Kkhbkw/SmxVqsfCsxI/AAAAAAAABgY/flV5B5VAPTc/s400/383646094_3fb5d118a1.jpg

Al-Fatihah untuk seorang pelajar F2 TEPCES.

   

Tips Peperiksaan 2009

lazfim


Ikuti panduan ringkas di bawah untuk membantu anda menghadapi peperiksaan dengan lebih bersedia:

1. Semak nota ringkas

Semak semula kad-kad nota, nota-nota ringkas atau peta-peta minda yang telah anda buat sebelum ini. Menyemak semula nota-nota ringkas ini akan memberikan peluang kepada anda untuk mengesan kelemahan anda pada sesuatu topik. Anda perlu ingat, ketika ini, bukannya masa untuk mempelajari perkara-perkara baru, sebaliknya mengulangkaji fakta-fakta penting.

Ambil tindakan segera untuk mencari maklumat tambahan mengenai apa yang anda masih tidak faham sama ada daripada guru anda sendiri ataupun berbincang dengan rakan-rakan yang lebih mengetahui. Semasa mengulangkaji, dapatkan tip daripada guru anda mengenai topik-topik mana yang dirasakan penting untuk diberi penekanan. Selalu lah bersemuka dan berbincang dengan guru anda kerana mana tahu, kadang kala melalui komunikasi bersemuka ini, anda akan menerima tip-tip istimewa daripada guru anda.

Tip mengingat


i. Petua mengingati fakta-fakta yang sukar ialah sama ada dengan membentuk akronim bagi pangkal huruf fakta ataupun mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang mempunyai kaitan dalam hidup anda. (Pelajar cemerlang PMR dan SPM yang mendapat 16 A, Yap Swee Lin berkata, untuk memudahkan beliau mengingati fakta sejarah beliau membayangkannya dalam bentuk persembahan teater)

ii. Membentuk rajah dan diagram mudah terutamanya bagi mengingati fakta-fakta yang memerlukan urutan. iii. Berlagak seperti guru. Anda boleh mencuba petua ini iaitu dengan cara menjelaskan sesuatu konsep secara verbal dan bukan bergantung kepada bahan atau buku-buku ulang kaji. Dengan berbuat begini, anda boleh membayangkan sesuatu konsep secara lebih jelas.

2. Banyakkan latih Lakukan lebih banyak latihan daripada bank-bank soalan. Anda boleh melayari Portal Pendidikan Utusan untuk melihat kembali bank-bank soalan bagi membiasakan diri anda dengan bentuk-bentuk soalan sesuatu topik.

Satu lagi yang boleh anda lakukan ialah dengan melihat kembali soalan-soalan kuiz yang pernah dikemukakan oleh guru-guru anda di dalam kelas. Anda perlu ingat, ada juga antara guru anda adalah penggubal soalan-soalan peperiksaan. Beliau kemungkinan memberikan soalan-soalan kuiz yang menyerupai soalan-soalan peperiksaan akhir.

3. Ulang kaji berkumpulan


Mengulangkaji secara berkumpulan memang baik antara langkah terbaik untuk seseorang menguasai dan memahami sesuatu subjek. Tetapi, anda perlu pastikan kumpulan belajar anda tidak terlalu ramai kerana jika terlalu ramai, anda akan hilang tumpuan. Ada kalanya anda lebih banyak berbual-bual kosong daripada belajar. Gunakan rakan-rakan dalam kumpulan belajar ini untuk bertukar-tukar koleksi-koleksi kertas-kertas soalan.

4. Urus masa ulang kaji


Satu lagi perkara penting yang perlu diambil perhatian oleh semua pelajar ialah cara bagaimana kita menguruskan masa ulang kaji. Bagaimanapun, yang penting anda perlu membuat ulang kaji setiap hari. Bila waktunya, bergantung kepada kesesuaian anda. Bagaimanapun, semasa ulang kaji ini, seboleh-bolehnya, elakkan daripada gangguan-gangguan sampingan seperti televisyen dan radio. Ia akan menganggu tumpuan anda.

   

Teknik-Teknik Mengulangkaji Pelajaran

lazfim


Mengulangkaji adalah suatu proses mempelajari atau menyemak semula dengan tujuan memahami, dan mengingat semua maklumat serta fakta dari nota-nota ringkas bahan-bahan pelajaran yang telah anda pelajari sebelum ini. Ia bukannya bertujuan mendapatkan maklumat-maklumat baru. Artikel Motivasi untuk Pelajar - Motivasi Belajar : Teknik-Teknik Mengulangkaji Pelajaran Meningkatkan Keyakinan Diri.

BAGAIMANA MENGULANGKAJI
Antara perkara-perkara yang anda harus lakukan dalam proses mengulangkaji adalah dengan:

1.Membaca dan menyemak nota-nota bahan-bahan pelajaran. Lengkapkan yang kurang. Ini akan memantapkan kefahaman dan ingatan anda terhadap subjek berkenaan.

2.Membaca buku teks. Tujuannya untuk memastikan anda benar-benar faham setiap prinsip, isu dan fakta yang dimuatkan.

3.Menjawab soalan-soalan latihan atau kerja rumah yang guru berikan. Ini akan membolehkan anda menguji kebolehan anda menjawab soalan yang sama dalam peperiksaan.

4.Mengkaji contoh-contoh jawapan peperiksaan tahun lepas bersama skima jawapan. Ini akan membolehkan anda membiasakan diri menjawab soalan-soalan peperiksaan dengan lebih yakin dan pantas.

5.Menjawab soalan-soalan yang berbentuk objektif. Ini akan membolehkan menge-tahui soalan-soalan yang anda sudah tahu menjawabnya dan soalan-soalan yang mengelirukan agar semasa peperiksaan jika soalan yang sama keluar, anda akan dapat menjawab dengan yakin.

6.Bersoal jawab bersama-sama rakan. Selain ini membolehkan anda mengenalpasti sama ada anda sudah cukup bersedia atau tidak menghadapi peperiksaan, pada masa yang sama, anda juga boleh mendapat penjelasan tentang bahagian-bahagian yang anda kurang faham dari rakan anda yang mungkin sudah menguasai bahan pelajaran itu.

Tempoh Mengulangkaji (Pecutan Akhir)

Pelajar-Pelajar Sekolah Di Kudat, Sabah sedang membuat kerja berkumpulan dalam Program Motivasi Kecemerlangan Pelajar yang dikendalikan oleh Taidin Suhaimin pada tahun 2007.Adalah mustahil untuk menyatakan dengan tepat jumlah masa yang perlu diperuntukkan untuk mengulangkaji kerana kemampuan seseorang itu berbeza. Ada pakar yang mengatakan bahawa masa mengulangkaji perlu dilakukan selama 3 bulan. Ada pula yang berpendapat selepas peperiksaan percubaan kerana anda telah menamatkan tempoh belajar bagi menghadapi peperiksaan percubaan. Yang lain pula mengatakan selama 3 minggu. Ada juga yang berpendapat mengulangkaji secara ringkas setiap minggu akan menambahkan keyakinan seseorang itu menghadapi peperiksaan. Tetapi, sebagai panduan, 6 hingga 8 minggu di saat terakhir peperiksaan merupakan tempoh yang baik untuk memulakan proses mengulangkaji. Namun, bagi pelajar yang lemah hendaklah proses mengulangkaji pecutan akhir ini dibuat lebih awal daripada yang disarankan di atas.

Anda mungkin perlu membuat ulangkaji beberapa kali sehinggalah anda benar-benar dapat menguasai setiap mata pelajaran anda.
Merancang Program Mengulangkaji

1.Buat jadual ulangkaji yang seimbang bagi tiap-tiap mata pelajaran. Jadualkan juga masa berehat untuk mengurangkan ketegangan. Dalam mengulangkaji pelajaran, anda hendaklah berehat setiap 20 hingga 30 minit. Waktu rehat sekurang-kurangnya 5 minit.

2.Tumpukan pada topik utama sahaja. Tanya guru anda untuk mendapatkan "hint" (bayangan) tentang topik yang mungkin akan disoal di dalam peperiksaan.

3.Semak contoh-contoh soalan tahun-tahun yang lalu supaya anda dapat menjangka bentuk jawapan yang diperlukan.

4.Ulangkaji dengan cermat setiap mata pelajaran.

5.Sediakan nota-nota ringkas, terutamanya bagi topik yang dijangka akan keluar.

6.Buat rangka jawapan topik-topik yang dijangka keluar berdasarkan soalan-soalan peperiksaan yang lepas.

7.Latih diri anda menjawab soalan-soalan peperiksaan yang lepas mengikut waktu yang telah ditetapkan.

8.Rujuk kepada guru apabila menghadapi masalah berhubung dengan pelajaran.

9.Jangan sekali-kali ponteng kelas ketika hampir peperiksaan. Anda mungkin tertinggal tip-tip penting yang diberikan oleh guru atau pensyarah anda.

Pembahagian Mata Pelajaran Dalam Mengulangkaji
Mata Pelajaran Yang Anda Lemah


1.Cuba sedaya upaya kuasai mata pelajaran ini. Jangan berputus asa.
2.Banyakkan bertanya kepada guru atau rakan tentang mata pelajaran ini.

Mata Pelajaran Yang Anda Kuat

1.Jangan ambil mudah walaupun anda fikir sudah menguasainya.

2.Beri masa yang secukupnya kepada pelajaran ini untuk memastikan kejayaan anda.

3.Bila hampir hari peperiksaan, lebihkan lagi tumpuan anda kepada mata pelajaran seperti ini.

Menilai Keupayaan Anda

Anda haruslah menilai sejauh mana anda dapat menjawab soalan-soalan peperiksaan. Berikut ini dipaparkan beberapa cara di mana anda boleh menilai serta memperbaiki keupayaan anda menjawab soalan-soalan dalam peperiksaan.

1.Penilaian Dari Ujian dan Latihan Ujian / Peperiksaan yang dijalankan dalam kelas merupakan satu bentuk penilaian terhadap keupayaan anda. Berdasarkan keputusan ujian / peperiksaan tersebut, anda akan dapat mengetahui tahap penguasaan anda terhadap mata pelajaran-mata pelajaran anda. Melalui keputusan ujian tersebut, anda boleh memperbaiki segala kelemahan anda bagi menghadapi peperiksaan yang sebenar dengan jayanya.

2.Penilaian Dari Contoh Jawapan Anda juga boleh menguji tahap keupayaan anda dengan menjawab soalan-soalan contoh jawapan. Selepas anda menjawab soalan contoh jawapan, bandingkan jawapan anda dengan contoh jawapan. Kenalpasti di manakah kelemahan anda dan buat pembaikan sewajarnya.

3.Penilaian Secara Lisan Contohnya, seorang pelajar menyoal kawannya dan meminta beliau menghuraikan secara lisan sehingga yang satu pihak lagi berpuas hati.

Mengatasi Kelemahan

Mencari Sebab (Post-Mortem)
Anda perlu mengkaji kelemahan anda setiap kali anda selesai menjawab soalan-soalan ujian. Setelah anda selesai membuat latihan ujian, semak setiap jawapan yang anda buat. Sekiranya jawapan anda salah, lakukan 'post-mortem' (suatu proses mencari sebab kelemahan dan kekuatan). Setiap kesilapan ada sebab-sebabnya dan ini merupakan perkara utama yang perlu anda atasi.

Sebab-sebab kesalahan berlaku:

1.Anda Tidak tahu - Ini bermakna persediaan anda belum mencukupi. Penyelesaian: Peruntukkan masa yang sewajarnya untuk anda menguasai tajuk-tajuk tersebut.

2.Anda Tidak faham - Anda baca tetapi tidak faham. Penyelesaian: Minta bantuan. Bertanyalah kepada guru atau rakan anda.

3.Anda Keliru – Anda tidak dapat memahami dengan jelas apa yang anda ingin pelajari atau fahami. Penyelesaian: Tanyakan guru tentang bentuk soalan yang mengelirukan anda. Minta penjelasan dari guru sebelum hari peperiksaan agar kesilapan yang sama tidak berulang.

4.Anda Lupa - Ini disebabkan anda kurang mengulangi atau mengulangkaji apa yang telah anda pelajari. Penyelesaian: Kerapkan ulangkaji.

5.Anda Cuai – Anda tidak teliti semasa membaca soalan. Penyelesaian: Pastikan anda mengikuti langkah-langkah penting dalam Strategi Menjawab Soalan. Pastikan anda benar-benar sudah memahami kehendak soalan sebelum menjawab.

Umumnya, kelemahan-kelemahan anda boleh diatasi dengan:-
Segera / selalu bertanya kepada guru/rakan tentang masalah anda dalam pelajaran.


Mendapatkan jawapan-jawapan yang betul bagi jawapan yang salah.

Mengulangkaji dan membaca nota-nota anda dengan kerapkali.

Memahirkan diri dengan teknik menjawab soalan berpandukan contoh jawapan.

"SELAMAT MENGULANGKAJI"
   

Anugerah Kecermelangan PMR 2008

myroy

Pada 23/08/2009 satu Anugerah Kecermelangan PMR telah diadakan di Dewan Berlian yang bermula pada pukul 9.45 pagi.  Photobucket

Photobucket
   

Page 2 of 6

Search

Tepces Visitors Counter

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday13
mod_vvisit_counterYesterday113
mod_vvisit_counterThis week222
mod_vvisit_counterLast week584
mod_vvisit_counterThis month602
mod_vvisit_counterLast month2006
mod_vvisit_counterAll days20464

Online (20 minutes ago): 3
Your IP: 38.107.191.107
,
Today: Sep 07, 2010
Ulti Clocks content

TEPCES Countdown

PMR Countdown
Sudah berakhir.....and Final Day will coming!!!!

SPM Countdown

Oit!!
lagi nak periksa..

STPM Countdown

Do your best!!

Who's Online

We have 39 guests online

News

Featured Links:
WEBMASTER
BLOG MC Lazfim.
Utusan Malaysia Online
Utusan Online - The Malaysian top news provider in Bahasa Melayu
The New Straits Times Online
The New Straits Times Online - Online edition of the NST, Kuala Lumpur, Malaysia.
Berita Harian Online
Berita Harian Online

Maklumat di hujung Jari..

Kosmo Online - Rencana Utama
  • Pilu disisih perhatian anak
    LENA Cikgu Ramlan terhenti tatkala terdengar bisikan isterinya meminta dia segera bangkit untuk bersahur. Nasi kukus, ikan masin, sambal belacan dan masak lemak cili api yang baru dipanaskan serta air cincau sudah sedia terhidang di atas meja dapur.
  • Daun emas ekonomi Zimbabwe
    DOUGLAS MHEMBERE hanya memiliki sebuah beg plastik di tangannya ketika dia mengambilalih sebuah ladang lapan tahun lalu di bawah reformasi perladangan Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe.
  • Tentera Jepun kena 'dera'
    TENTERA Jepun memang kejam. Mereka memancung kepala, menyuruh minum air sabun, menikam dengan bayonet, mengerah menjadi buruh paksa dan membakar hidup-hidup sesuka hati.
  • Waran tangkap tiada tarikh luput
    WARAN tangkap yang dikeluarkan berikutan kegagalan beberapa selebriti seperti Badrul Muhayat, Ako Mustapha dan Raja Azmi Raja Sulaiman hadir perbicaraan di mahkamah menyingkap fenomena betapa segelintir individu di negara ini mengambil mudah sepina atau surat yang meminta seseorang hadir sebagai saksi di mahkamah.
  • Orang hidup dikebumikan
    SAHABAT Nabi Muhammad S.A.W, Saidina Usman pernah menangis ketika melintasi sebuah kawasan perkuburan.
  • Terkulai digoda makanan
    ISNIN lalu, wartawan Jurnal berpeluang menyertai satu operasi Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk membanteras umat Islam yang makan dan minum di tempat terbuka pada bulan Ramadan.
  • Mudah, murah tetap cantik
    KURANG seminggu saja lagi, umat Islam akan menyambut lebaran. Kekangan bekerja dan kurangnya perancangan teliti mungkin menyebabkan masih ramai yang belum berkesempatan membuat persiapan membeli pakaian baru, menempah biskut raya, menukar langsir dan sebagainya.
  • Eksklusif baju Melayu denim
    BAJU Melayu sinonim dengan sambutan Aidilfitri. Bagaikan menjadi pakaian rasmi pada 1 Syawal, pelbagai warna busana tradisional itu memeriahkan lagi sambutan lebaran.
  • Bulan limpahan kasih sayang
    “EMAK suruh tinggal di rumah perlindungan supaya saya ada masa depan yang lebih cerah. Pada mulanya saya tidak mahu kerana masih ada adik-adik yang masih kecil di rumah. Tapi, kehidupan sangat susah.”
  • Karya dua generasi
    KEASYIKAN seorang kanak-kanak yang sibuk mengocakkan air kolam di tepi kerbaunya terlihat jelas pada wajahnya. Ekspresi itu menumpukan pusat pandangan di di tengah-tengah suasana sawah padi.
Kosmo Online - Negara
  • Pengemis auta bazar Ramadan
    KUALA LUMPUR - Kawasan pasar malam, bazar Ramadan serta masjid di Lembah Klang kini menjadi 'lubuk wang mudah' kepada pengemis asing untuk meraih simpati daripada orang ramai yang sedang menjalani ibadat puasa.
  • Tabur janji bantuan palsu
    BUTTERWORTH – Ada pihak cuba menjatuhkan imej Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Seberang Perai Utara (SPU) dengan menyamar sebagai pegawai JKM dan menabur janji kosong kepada orang ramai berhubung wang bantuan.
  • Iklan raya TV3 ditarik balik
    KUALA LUMPUR - Ekoran penyiaran iklan Aidilfitri yang menyentuh sensitiviti penonton beragama Islam di negara ini, TV3 semalam bertindak menarik balik penyiaran iklan tersebut berkuat kuasa serta-merta.
  • Jutawan kosmetik hilang bersama wang RM4 juta
    KUALA LUMPUR - Jutawan kosmetik terkenal, Datuk Sosilawati Lawiya menimbulkan misteri apabila dia dan tiga yang lain dilaporkan hilang enam hari lalu selepas keluar dari sebuah pejabatnya di Kampung Baru di sini pada 30 Ogos lalu.
  • Kereta bertembung treler, 4 maut
    SEGAMAT - Empat beranak yang dalam perjalanan pulang selepas membeli kelengkapan bagi sambutan Aidilfitri maut apabila kereta yang mereka naiki dirempuh sebuah treler di Kilometer 150.7, Jalan Segamat menghala Jalan Chaah berhampiran Sungai Karas, Labis di sini semalam.
  • Tiket bas ekspres balik raya ke Pantai Timur masih ada
    KUALA LUMPUR - Jika sebelum ini, tiket-tiket bas ekspres ke negeri di Pantai Timur terutama ke Kelantan habis dijual sebulan sebelum hari raya.
  • Kerani dihukum mati minta ampun
    ALOR SETAR - Suasana di Mahkamah Tinggi di sini semalam hiba apabila Zakaria Ahmad, 32, yang dijatuhi hukuman mati bergegas ke arah ibunya dan meminta ampun kerana didapati bersalah mengedar dadah kanabis seberat 2207.1 gram di Sungai Petani empat tahun lalu.
  • Tangan hancur digilis mesin tebu
    KOTA BHARU – Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun bakal berhari raya dengan sebelah tangan selepas tangan kirinya hancur akibat digilis mesin pengisar tebu terpaksa dipotong.
  • Pusat sembelih ayam bersepadu diwujudkan
    KUALA LUMPUR - Sebuah pusat penyembelihan ayam bersepadu akan didirikan dalam masa terdekat bagi memudahkan pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memantau proses penyembelihan seterusnya menjamin status halal ayam.
  • Tarik kereta macam pencuri
    PETALING JAYA – Seorang kakitangan kerajaan terperanjat apabila terlihat dua lelaki tidak dikenali mengumpil kereta Proton Gen-2 milik isterinya yang diletakkan di tempat letak kenderaan kediamannya pada 30 Ogos lalu.