Pada 25/02 Tepces telah mengadakan kejohanan sukan peringkat sekolah. Kejohanan ini bertujuan bagi mengcungkil bakat-bakat pelajar dalam acara-acara tertentu. Majlis ini bermula pada pukul 10 pagi dan tamat pada pukul 6 petang.
TEPCES sekali lagi pada tahun ini mengandakan Majlis Pilihan Raya bagi memilih calon ketua pelajar TEPCES. Calon-calon ini diberi masa selama 1 minggu berkempen mengikut cara masing-masing. Calon-calon sanggup mengeluarkan peluh untuk berkempen untuk mereka memenangi pilihan raya 2010. Calon terdiri daripada 2 orang, lelaki dan perempuan tingkatan 5 dan 2 orang, lelaki dan perempuan Pra-U. Pilihan raya ini berlangsung pada hari ahad bermula 9 pagi hingga 12 tengah hari. Keputusan diumumkan pada pukul 1.30 tengah hari di Dewan Mercu. Mohd Reeza Abdul Patah(5 DYN) telah berjaya memenangi jawatan Ketua Pelajar Lelaki manakala Fatihah Abdul Aziz(5ADV) telah berjaya memegangi jawatan Ketua Pelajar Perempuan. KAMBAI!!!!
Pada Malam 13/10 Pengawas Pusat Sumber TEPCES mengadakan jamuan akhir tahun dan raya di Dewan Mercu. Majlis ini bermula pada pukul 8 malam. Majlis makan malam ini diuruskan oleh cikgu Sabariah dan Puan Roslina. Majlis ini turut juga diserikan oleh dua orang juruacara majlis iaitu Che Enku Nur Idayu dan Nazurul Izati. Majlis ini berakhir pada pukul 10.30 malam.
JARI-JEMARI wanita separuh abad ini lincah mencari urat yang tersimpul di tubuh pesakitnya. Elusan jemarinya tampak lembut namun adakalanya boleh membuatkan orang yang diurut mengaduh kesakitan.
PEMILIK syarikat seni bina, Almaz Architect, Almaz Salma Abdul Rahim, 51, mencadangkan rakyat Malaysia mempertimbangkan beberapa perkara apabila membuat keputusan untuk mengubah kediaman mereka.
“SAYA rasa menyesal atas apa yang terjadi. Saya tak begitu sedar bagaimana ia berlaku dan hanya menurut seperti dipukau,” sesal Hussin Mat Salleh, 54, bapa kepada seorang kanak-kanak berusia 11 tahun yang telah dikahwinkan dengan seorang lelaki berusia 41 tahun.
GLAUKOMA menjadi punca utama kebutaan di Britain namun masalah saraf pada retina itu mencatatkan peningkatan melebihi 50 peratus di seluruh dunia berbanding dua tahun lalu.
"APABILA lelaki duduk bersama gadis cantik selama satu jam ia bagaikan satu minit. Tetapi apabila duduk di atas dapur panas selama seminit ia seperti satu jam. Itu relativiti," demikian kata Albert Einstein mengenai teori relativiti.
SEPANJANG lebih lima dekad kerjaya beliau sebagai pengamal media, banyak temuramah yang pernah dilakukannya. Dalam banyak-banyak temuramah tersebut, Barbara Walters mahu menarik balik satu temubual beliau bersama Ricky Martin sedekad lalu.
PENGELUAR sabun perlindungan bakteria terkenal, Lifebuoy telah melancarkan kempen Malaysia, Jom Lebih Sihat untuk menggalakkan seluruh rakyat negara ini menjalani kehidupan sedemikian.
KUALA LUMPUR – Sebuah objek terbang tidak dikenali (UFO) didakwa muncul ketika hujan renyai di ruang udara kawasan perumahan di Damansara Damai, Petaling Jaya malam kelmarin.
KOTA BHARU – Hasrat isteri kedua Sultan Kelantan, Cik Puan Elia Suhana Ahmad, (gambar) 31, untuk melawat Tuanku Ismail Petra sekali lagi tidak kesampaian apabila beliau dihalang memasuki Istana Mahkota di Kubang Kerian di sini pagi semalam.
KUALA LUMPUR - Seorang pemain gitar sebuah kumpulan rock ditangkap kerana dipercayai cuba memecah masuk sebuah rumah di tingkat enam di Flora Damansara, awal pagi kelmarin.
KUALA LUMPUR - Seorang kanak-kanak perempuan, Siti Nur Zubaidah Hussin, 11, yang dikahwinkan dengan seorang lelaki tabligh berusia 41 tahun dan didakwa dilarikan lelaki terbabit telah ditemui di sebuah masjid berhampiran Batu Caves, Selangor semalam.
KUALA LUMPUR – Kementerian Pengajian Tinggi memberi tempoh sebulan kepada semua universiti awam untuk mengemukakan laporan mengenai masalah kewangan pelajar masing-masing yang ada di antara mereka terpaksa berlapar dan ‘ikat perut’ di kampus.
TEMERLOH - Sebanyak 60 kolej swasta dibatalkan pendaftaran mereka sejak tiga tahun lepas kerana gagal menyediakan tenaga pengajar serta prasarana mencukupi untuk kemudahan pembelajaran pelajar.
KOTA TINGGI - Akibat terbabas dipercayai hilang kawalan, sebuah kereta Mercedes yang dinaiki Ahli Parlimen Batu, Tian Chua merempuh sebuah motosikal sehingga mengorbankan nyawa penunggangnya di Kilometer 49, Jalan Johor Bahru-Mersing malam kelmarin.
JOHOR BAHRU - Polis menahan tiga lelaki awal pagi semalam bagi membantu siasatan berhubung kes serangan di Tadika Sinario, Muar sehingga mencederakan tiga kanak-kanak Rabu lalu.