10 January 2020

01 December 2019

KUALA LUMPUR: Hujan lebat berterusan menyebabkan jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di tujuh daerah di Terengganu dan Kelantan kini mencecah 2,116 orang daripada 612 keluarga, yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) sehingga jam 11 malam tadi. Menurut portal Bencana, Pusat Kawalan Bencana Negara, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke PPS di empat daerah di Terengganu kini mencecah 1,849 orang daripada 533 keluarga. Jumlah mangsa banjir dipindahkan di tiga daerah iaitu Kuala Krai, Machang dan Tanah Merah di Kelantan kini meningkat kepada 267 orang daripada 79 keluarga. Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran tahap kuning (waspada) mengenai hujan lebat dijangka melanda tiga negeri Pantai Timur Semenanjung Malaysia dan Johor hingga Isnin ini. MetMalaysia dalam satu kenyataan menjelaskan, antara kawasan di Kelantan yang dijangka dilanda hujan secara berterusan sehingga esok termasuk Jajahan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Putih dan Kuala Krai. Menurut kenyataan MetMalaysia, antara kawasan di Terengganu yang dijangka dilanda hujan lebat berterusan esok ialah Besut, Setiu dan Hulu Terengganu serta daerah Rompin, Pahang. “Hujan lebat juga dijangka berlaku secara berterusan di Jajahan Gua Musang, Kelantan; Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman di Terengganu; Jerantut, Kuantan dan Pekan, Pahang, manakala di Johor pula membabitkan daerah Kota Tinggi dan Mersing, sehingga Isnin ini. “Berikutan itu, angin kencang berkelajuan antara 40 hingga 50 km/jam dengan ombak mencapai 3.5 meter dijangka boleh berlaku di perairan Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor sepanjang tempoh terbabit,” kata MetMalaysia dalam satu kenyataan media menerusi laman Facebook rasminya di sini, sebentar tadi.

10 November 2019

 

PROGRAM : KARNIVAL KESENIAN MURID MALAYSIA PERINGKAT KEBANGSAAN 2019
TEMPAT : HOTEL GRAND BORNEO, KOTA KINABALU SABAH
TARIKH : 1-3 NOVEMBER 2019

 

10 November 2019

PENCAPAIAN DALAM PERTANDINGAN "MEGA TRENGLISH CAMP STATE LAVEL 2019"

 

 

Who's Online

We have 88 guests and no members online

Login Form